Wednesday, April 2, 2014

90% foreigners dan 60% orang Malaysia yg datang klinik tempat Ate kerja tak pandai flush tandas.

Sebagai bibik cleaner kadang ate rasa macam nak tunggu aja depan pintu tandas. Siapa yang keluar tak flush Ate nak hambat suruh masuk tandas balik, flush sampai bersih. Tapi, kalau Ate buat lagu tu... mesti Ate kena pecat...huhu.

So, apa yang Ate boleh buat hanya lah tepek segala macam sign dalam tandas klinik. Mudah2an sambil dok termenung kat dalam tandas tu boleh lah mereka mengisi masa dengan membaca 'bahan bacaan ringan' yang disediakan, buat menambah ilmu dan meningkatkan wawasan.

Tuesday, March 11, 2014

Semalam dan Hari Ini...

Semalam, pesakit sikit luar biasa.
Semuanya sakit-sakit biasa.
Suasana tenang-tenang aja.
Tiada yang Menarik bin Istimewa.
Dokter dapat pejam mata.
Staffs dapat ber internet ria.
Semalam, Selasa yang selesa.

Hari ini Rabu...
Yang menggebu?
Yang membiru?
Yang mengharu?
Belum ku tahu.
Yang pasti, hari ini air di catu.

Hiduplah pada hari ini kerana semalam itu masa lalu dan esok itu masih harapan.

Hargailah hidup kita yang singkat dengan melakukan hal-hal yang baik dan laksanakan lah tanggung jawab yang di amanahkan dengan bersungguh-sungguh. Nyatakan perasaan cinta dan kasih sayang kita pada ahli keluarga dan sahabat yang kita hargai agar tiada penyesalan di esok hari. Jika hari ini berlalu ia akan menjadi hari semalam yang tak dapat di ulang lagi.

#Pray for MH370